Posts

Showing posts from 2009

Pemanasan Global

Pemanasan Global Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia. Punca-punca: Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang...

Permainan Tradisional...SPM SPOTTED YOU KNOW=D

Point form...( dont mind ya....) =D Permainan Tradisional Pengenalan > Permainan tradisional merupakan kegiatan-kegiatan riadah yang kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. > Permainan ini termasuklah wau, gasing,congkak, kompang, galah panjang, batu seremban, sepak raga, wayang kulit, dan sebagainya. > Pada zaman mutakhir ini, permainan tradisional semakin luput dimakan zaman. Generasi muda kita tidak lagi berjinak-jinak dengan warisan budaya sendiri. > Sesungguhnya, permainan tradisional tidak seharusnya dibiarkan terkepinggir dari arus perdana kemajuan negara dan bangsa kita. Perkembangan A>>> Kepentingan > Permainan tradisional melambangkan jati diri atau identiti bangsa kita di mata dunia. > Permainan tradisional dapat merapatkan ikatan silaturahim sesama manusia. > Permainan tradisional merupakan satu daya tarikan kepada pelancong-pelancong asing. > Penyertaan dalam permainan tradisional dapat menghindarkan generasi muda daripada pelbagai kegiatan...

Jenis Watak=p

Konserto Terakhir T5 - jenis watak Hilmi mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang muzik. Kemampuan Hilmi mengalunkan biola begitu mengagumkan sehingga dia diberi gelran ' Pemain Biola Hikmat Malaysia'. Dia juga berjaya menjuarai Pesta Muzik Tahunan RTM sebanyak 3 tahun berturut-turut. Kejayaannya yang paling besar ialah Pertunjukan Orkes Perdana anjuran RTM di Dewan Tunku Canselor. Selain itu, Hilmi juga menonjolkan perwataknnya yang gigih berusaha. Dia telah mempelajari muzik daripada Encik Bakar dengan semangat yang tidak mengenal penat lebah. Dia begitu gigih membuat persediaan untuk persembahan 'Orkes Perdana' selama 3 bulan. Lagi pula, ilmi berhati tabah ketika mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan hidup. Dia menerima cemuhan dan penghinaan datin Salmah dengan penuh ketabahan. Hilmi juga menunjukan perwatakannya yang taat menjalankan perintah Tuhan. Meskipun sibuk bekerja, namun Hilmi setia mendirikan ibadat solat.

sorry

those who come to my blog...if i didnt manage to give u tips...i'm very sorry...what i can do is all this....i had try my best...=D hopefully the spm candidates will achieve an excellent results....=D GOOD LUCK!!!

Unsur Saspen=p

Konserto terakhir Tingkatan 5- Unsur Saspen =D Dalam novel Konserto Terakhir, banyak unsur saspen dapat dikesan. Antaranya ialah pada awal cerita, para pembaca telah mengetahui bahawa Hayati sudah bertunang dengan Mohsin. Akan tetapi, Hayati semakin bersikap dingin terhadap tunangnya itu kerana cintanya kepada Hilmi semakin membara. Perubahan sikap Hayati ini menyebabkan para pembaca terdorong untuk mengetahui kesudahan percintaan tiga segi ini. Akhirnya, naluri ingin tahu para pembaca terjawab apabila Hayati terpaksa berkahwin dengan Mohsin atas kehendak ibu bapanya. Selain itu, unsur saspen begitu jelas diperhatikan pada waktu sebelum persembahan 'Orkes Perdana'. Para pembaca begitu terdorong untuk mengetahui sebab-sebab Hilmi tidak menghadirkan diri di belakang pentas sedangkan waktu persembahan sudah hampir sampai. Lebih-lebih lagi, setelah mengetahui bahaa Hilmi sakit tenat di hospital, para pembaca ingin mengetahui sama ada persembahan 'Orkes Perdana' dapat diter...

Teknik Plot =D

Konserto Terakhir Teknik Plot Dalam Konserto Terakhir, pengarang menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan isi-isi ceritanya.Antaranya ialah TEKNIK MONOLOG DALAMAN iaitu ‘pernyataan kata-kata hati atau isi-isi fikiran’ yang tidak memperdengarkan suara juga digunakan. Contohnya terdapat dalam halaman 281 : Datin Salmah juga ikut menangis. Dia menyesal sekali dengan perbuatannya. Dalam diam-diam dia berdoa agar Hilmi dipanjangkan umurnya. Dia akan menebus dosanya dengan apa sahaja. Selain itu, TEKNIK DIALOG atau ‘ perbualan antara 2 pihak’ kerap digunakan dalam penyampaian novel ini. Sekadar contoh dalam HALAMAN 3, pengarang membiarkan Hilmi memperkenalkan dirinya kepada Hilmi melalui perbualan di bawah : ‘ Saya Abang Hilmi, dua pupu Yati. Saya anak Pak Karim dari Kedah.’ ‘Kedah?’ Nalurinya(-nya rujuk kepada Hayati) mulai menangkap ‘Ya, Kedah’ Lagi pula, TEKNIK IMBAS KEMBALI digunakan untuk ‘ memerihalkan peristiwa masa dahulu’ dalam pengembangan cerita. Umpamanya dalam HALAMAN 12, ...

Perbandingan Watak Utama dalam novel Bukit Kepong dengan Konserto Terakhir

Bandingkan WATAK UTAMA antara 2 buah novel yang anda kaji.=D Watak uatama dalam NOVEL BUKIT KEPONG ialah Othman Yusof manakala watak utama dalam NOVEL KONSERTO TERAKHIR ialah Hilmi . Dari segi PERSAMAAN, kedua-dua orang watak ini merupakan pemuada Melayu yang berasal dari kampung di negeri Kedah. Othman Yusof berasal dari sebuah kampung di KULIM, manakala Hilmi berasal dari sebuah kampung di ALOR SETAR .Sebagaimana kebanyakan orang kampung, kedua-dua orang watak utama ini berpendidikan rendah. Pekerjaan mereka di kampung juga hampir sama, iaitu berkaitan dengan kegiatan pertanian, Othman Yusof membantu ibu bapanya menoreh getah manakala Hilmi membantu ibu bapanya menanam sayur-sayuran . Usia mereka juga hampir sebaya, iaitu kira-kira 19 tahun. Selain itu,kedua-dua orang watak utama ini berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Dari segi PERBEZAAN, watak-watak ini mempunyai minat yang berlainan. Hilmi sangat meminati bidang muzik manakala Othman Yusof pula sangat meminati ker...

topik utama sejarah SPM 2009

Topik Fokus Sejarah SPM 2009 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Tamadun Indus (a) Ciri-ciri bandar terancang • Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian • dikelilingi oleh tembok • Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan • yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil pertanian • Bahagian kedua ialah kawasan perumahan • Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan • Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat • Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain • Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang • Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan (b) Organisasi Sosial • Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan • Golongan ...