Perbandingan Watak Utama dalam novel Bukit Kepong dengan Konserto Terakhir
Bandingkan WATAK UTAMA antara 2 buah novel yang anda kaji.=D
Watak uatama dalam NOVEL BUKIT KEPONG ialah Othman Yusof manakala watak utama dalam NOVEL KONSERTO TERAKHIR ialah Hilmi.
Dari segi PERSAMAAN, kedua-dua orang watak ini merupakan pemuada Melayu yang berasal dari kampung di negeri Kedah. Othman Yusof berasal dari sebuah kampung di KULIM, manakala Hilmi berasal dari sebuah kampung di ALOR SETAR.Sebagaimana kebanyakan orang kampung, kedua-dua orang watak utama ini berpendidikan rendah. Pekerjaan mereka di kampung juga hampir sama, iaitu berkaitan dengan kegiatan pertanian, Othman Yusof membantu ibu bapanya menoreh getah manakala Hilmi membantu ibu bapanya menanam sayur-sayuran. Usia mereka juga hampir sebaya, iaitu kira-kira 19 tahun. Selain itu,kedua-dua orang watak utama ini berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.
Dari segi PERBEZAAN, watak-watak ini mempunyai minat yang berlainan. Hilmi sangat meminati bidang muzik manakala Othman Yusof pula sangat meminati kerjayanya sebagai anggota polis. Hilmi bekerja sebagai seorang pemuzik yang menggubah lagu-lagu dan memimpin orkestra di bandar raya Kuala Lumpur. Sebaliknya, Othman Yusof bekerja sebagai seorang pegawai polis yang mengawal keselamatan negara di Bukit Kepong, iaitu sebuah kawasan pedalaman di negeri Johor. Hilmi berkonflik dengan masyarakat bandar yang hidup dalam kemewahan manakala Othman Yusof pula berkonflik dengan pengganas-pengganas komunis. Dalam bahagian peleraian cerita, Hilmi meninggal akibat sakit tenat manakala Othman Yusof pula menjadi tempang akibat terkena serpihan bom KOmunis.

Comments