Unsur Saspen=p
Konserto terakhir Tingkatan 5- Unsur Saspen =D
Dalam novel Konserto Terakhir, banyak unsur saspen dapat dikesan. Antaranya ialah pada awal cerita, para pembaca telah mengetahui bahawa Hayati sudah bertunang dengan Mohsin. Akan tetapi, Hayati semakin bersikap dingin terhadap tunangnya itu kerana cintanya kepada Hilmi semakin membara. Perubahan sikap Hayati ini menyebabkan para pembaca terdorong untuk mengetahui kesudahan percintaan tiga segi ini. Akhirnya, naluri ingin tahu para pembaca terjawab apabila Hayati terpaksa berkahwin dengan Mohsin atas kehendak ibu bapanya.
Selain itu, unsur saspen begitu jelas diperhatikan pada waktu sebelum persembahan 'Orkes Perdana'. Para pembaca begitu terdorong untuk mengetahui sebab-sebab Hilmi tidak menghadirkan diri di belakang pentas sedangkan waktu persembahan sudah hampir sampai. Lebih-lebih lagi, setelah mengetahui bahaa Hilmi sakit tenat di hospital, para pembaca ingin mengetahui sama ada persembahan 'Orkes Perdana' dapat diteruskan. Bagaimanakah pengaruh RTM akan menyelesaikan kekalutan yang timbul akibat ketidakhadiran Hilmi ini? Rasa ingin tahu para pembaca akhirnya terjawab dengan kemunculan Hayati untuk mengambil alih tugas Hilmi pada saat-saat terakhir.

Comments