Permainan Tradisional...SPM SPOTTED YOU KNOW=D

Point form...( dont mind ya....) =D

Permainan Tradisional

Pengenalan
> Permainan tradisional merupakan kegiatan-kegiatan riadah yang kita warisi sejak zaman-berzaman lagi.
> Permainan ini termasuklah wau, gasing,congkak, kompang, galah panjang, batu seremban, sepak raga, wayang kulit, dan sebagainya.
> Pada zaman mutakhir ini, permainan tradisional semakin luput dimakan zaman. Generasi muda kita tidak lagi berjinak-jinak dengan warisan budaya sendiri.
> Sesungguhnya, permainan tradisional tidak seharusnya dibiarkan terkepinggir dari arus perdana kemajuan negara dan bangsa kita.

Perkembangan
A>>> Kepentingan<<<
> Permainan tradisional melambangkan jati diri atau identiti bangsa kita di mata dunia.
> Permainan tradisional dapat merapatkan ikatan silaturahim sesama manusia.
> Permainan tradisional merupakan satu daya tarikan kepada pelancong-pelancong asing.
> Penyertaan dalam permainan tradisional dapat menghindarkan generasi muda daripada pelbagai kegiatan negatif.
> Kegiatan-kegiatan permainan tradisional dapat menjadikan kita berbadan sihat dan berotak cerdas.

B>>> Punca- punca Kepupusan<<<
> Kehidupan rakyat yang semakin sibuk dengan kegiatan-kegiatan lain menyebabkan mereka mengabaikan permainan tradisional.
> Sistem perumahan zaman sekarang tidak menggalakkan penganjuran permainan-permainan tradisional.
> Kekurangan promosi dan publisiti mengakibatkan permainan tradisional kurang mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara kita.
> Kemunculan permainan-permainan moden seperti permainan video dan permainan komputer mendorong generasi muda kita meninggalkan permainan tradisional.
> Kesukaran mendapatkan sokongan dan penajaan menyebabkan permainan tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan rakyat.

C>>>Langkah-langkah<<<
> Kementerian Pendidikan patut mewajibkan penubuhan Kelab Permainan Tradisional di setiap sekolah di negara kita.
> Kementerian Belia Dan Sukan dapat mempromosikan permainan tradisional bukan sahaja di setiap negeri bahkan di setiap daerah, mukim atau kampung/ Pesta Wau / Pesta dikir Barat.
> Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Tempatan patut menyediakan lebih banyak gelanggang untuk memudahkan rakyat menceburi kegiatan-kegiatan permainan tradisional.
> Media-media massa baik media cetakan mahupun media elektronik memainkan peranan penting untuk memupuk minat dalam kalangan rakyat terhadap permainan tradisional.
> Sektor Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung dapat mempromosikan penglibatan penduduk setempat dalam pelbagai jenis permainan tradisional.

Kesimpulan
> Sesungguhnya, seluruh rakyat perlu bersatu hati dan berpadu tenaga dalam usaha mempopularkan permainan tradisional kita semula.
> Usaha mempopularkan permainan tradisional ini penting agar warisan bangsa kita menjadi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Comments

Popular posts from this blog

It was him

Today still sad....

2 days life..=P