Teknik Plot =D

Konserto Terakhir

Teknik Plot

Dalam Konserto Terakhir, pengarang menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan isi-isi ceritanya.Antaranya ialah TEKNIK MONOLOG DALAMAN iaitu ‘pernyataan kata-kata hati atau isi-isi fikiran’ yang tidak memperdengarkan suara juga digunakan.

Contohnya terdapat dalam halaman 281 :

Datin Salmah juga ikut menangis. Dia menyesal sekali dengan perbuatannya.

Dalam diam-diam dia berdoa agar Hilmi dipanjangkan umurnya.

Dia akan menebus dosanya dengan apa sahaja.



Selain itu, TEKNIK DIALOG atau ‘ perbualan antara 2 pihak’ kerap digunakan dalam penyampaian novel ini. Sekadar contoh dalam HALAMAN 3, pengarang membiarkan Hilmi memperkenalkan dirinya kepada Hilmi melalui perbualan di bawah :

Saya Abang Hilmi, dua pupu Yati. Saya anak Pak Karim dari Kedah.’

‘Kedah?’ Nalurinya(-nya rujuk kepada Hayati) mulai menangkap

‘Ya, Kedah’



Lagi pula, TEKNIK IMBAS KEMBALI digunakan untuk ‘ memerihalkan peristiwa masa dahulu’ dalam pengembangan cerita. Umpamanya dalam HALAMAN 12, ketika berbual dengan Hilmi, Datuk Johari terkenang akan pesanan Pak Karim kepadanya semasa 17 tahun dahulu seperti di bawah :

Satu masa nanti, barabgkali ada anak-anakku yang akan ke Kuala Lumpur,’

kata abang sepupunya itu. ‘ Kau tolonglah tengok-tengok’



Pengarang juga menggunakan TEKNIK IMBAS MUKA iaitu dengan meramalkan peristiwa- peristiwa yang mungkin akan berlaku’ dalam pengembangan ceritanya. Umpamanya dalam HALAMAN 89, pada hari pertama Hilmi mempelajari muzik daripada Encik Bakar, pengarang telah memberitahu terlebih awal bahawa pada masa nanti, Hilmi akan berhadapan dengan penonton yang begitu ramai seperti di bawah:

Hilmi bangun dan dia terasa dirinya sedang berhadapan dengan penonton yang banyak yang sedang menonton pertunjukannya. Dia senyum lebar.

Comments

Popular posts from this blog

It was him

Pemanasan Global

2 days life..=P